ISLAMOFOBIA

ISLAMOFOBIA

Maksud Islamofobia

Istilah Islamofobia merujuk fenomena kebimbangan atau fobia kepada Islam. Istilah ini mula di Perancis oleh Dinet dan Slima Ben pada 1925 dalam, Acces De Delire. Walaubagaimanapun, istilah ini tidak popular dan tidak menjadi isu pada waktu itu sehinggalah peristiwa pengeboman Menara Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) di New York pada 9 November 2001. Selain itu, kejadian di pengeboman keretapi di Madrid pada 11 Mac 2004 dan pengeboman keretapi di London pada 7 Julai 2005.

Peristiwa pengeboman Menara Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) di New York pada 9 November 2001

Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Secara umumnya, Islamofobia merujuk rasa takut atau fobia terhadap Islam sama ada penganutnya, ajarannya, budayanya, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam. Islamofobia bermakna permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam akibat ketakutan atau kebencian terhadap orang Islam atau majoriti daripada mereka. 

Laporan Commission on British Muslims and Islamophobia menyatakan Islamofobia sebaga"Dread or hatred of Islam and therefore to fear or dislike all or most Muslims" atau "irrational fear of Islam or anti-Muslim racism and continuation of anti-Asian and anti-Arab racism". Islamofobia merujuk kepada persepsi negatif terhadap Islam dalam bentuk diskriminasi yang berpunca daripada ketakutan dan kebimbangan terhadap Islam atau umat Islam. Laporan oleh Runnymede di London mengesahkan bahawa Islam telah disalahfahami secara serius oleh masyarakat bukan Islam khususnya di Barat. Topik ini akan membincangkan mengenai apa itu Islamofobia dan beberapa contoh situasi Islamofobia di negara bukan Islam seperti China, Amerika dan Eropah. Serta cara penyelesaian isu Islamofobia turut dibincangkan. 


Situasi

Islamofobia atau ancaman terhadap penganut Islam di seluruh dunia datang dengan pelbagai cara, ucapan kebencian, kemunculan media baharu, ancaman di media cetak mahupun digital, televisyen dan ancaman secara fizikal. Kemunculan pelbagai insiden keganasan yang dilakukan atas nama Islam telah menyemarakkan lagi sentimen anti-Islam atau Islamofobia. Pada 6 Oktober 2020, telah berlaku insiden serangan pembunuhan ke atas seorang guru Samuel Paty di Perancis oleh seorang pemuda Islam. Guru ini dikatakan telah memaparkan karikatur Nabi Muhammad SAW semasa kelas berlansung dan menyebabkan kemarahan terhadap pelajar tersebut. Insiden pembunuhan ini mengundang kemarahan banyak pihak. Insiden ini pastinya akan memburukkan lagi sentimen Islamofobia bukan sahaja di Perancis malah di serata dunia. Akibatnya, serangan pengganas di Christchurch telah berlaku di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch, New Zealand, semasa solat Jumaat pada 15 Mac 2019. Serangan itu membunuh 51 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 49 yang lain. 

Serangan pengganas di Christchurch telah berlaku di Masjid Al Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch, New Zealand, semasa solat Jumaat pada 15 Mac 2019. 

Seterusnya, di China mengalami masalah Islamofobia di mana Uyghur adalah kaum bangsa Turki yang menetap di wilayah Xinjiang yang dahulunya dikenali sebagai Turkistan Timur. Uyghur merupakan kaum etnik yang beragama Islam Sunni. Setelah Turkistan Timur ditawan oleh Empayar Machu pada tahun 1876. Etnik Uyghur ditindas sedikit demi sedikit sehingga hari ini. Kita boleh melihat bahawa penindasan-penindasan seperti ini banyak berlaku di beberapa negara seperti Palestin, Syria dan Rohingya yang bertujuan untuk menghapuskan kaum tersebut. Terdapat pelbagai bentuk penyeksaan yang dilakukan antaranya mereka tidak dibenarkan mempraktikkan agama mereka sendiri. Sebagai contoh, mereka tidak dibenarkan solat dan bagi golongan wanita tidak dibenarkan memakai tudung untuk menutup aurat. 

Etnik Uyghur dipaksa menganut agama Buddha atau Atheist. Selain itu juga, masjid dan rumah ibadat Muslim juga dirobohkan dan anak- anak kecil diambil dan disekolahkan di sekolah Cina yang kerajaan China telah sediakan. Anak-anak kecil diajar tentang Buddhisme dan dikatakan dengan belajar Bahasa Cina meraka dapat mengenal ajaran agama mereka yang sebenar. Jika mereka bercakap tentang agama Islam mereka akan dipenjara tanpa sebab yang kukuh. Di penjara Uyghur, meraka memaksa etnik Uyghur ini memakan babi dan juga meminum arak. Selain itu mereka digari di kerusi dan meja untuk melakukan perkara yang bertentangan dalam Islam. Seterusnya, kaum Uyghur ini juga dilarang untuk menggunakan nama Islam seperti Muhammad dan Siti. Akhir sekali, golongan wanita dipaksa berkahwin dengan orang Cina Han. Hal Ini kerana orang Cina Han merupakan penganut agama Buddha. Maka secara tidak langsung golongan wanita disana dipaksa untuk menukar agama.

Bantahan Pembunuhan etnik Uyghur oleh kerajaan China.

    Islam adalah kehidupan bagi umatnya, justeru pembelaan terhadap Islam dan Rasul ini adalah satu bukti dan tanda kecintaan serta ibadat seorang hamba kepada Allah SWT. Sehubungan dengan itu, umat Islam haruslah memastikan bahawa sebarang tindakan yang dilakukan dalam menghadapi provokasi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu akan menjadikan Islam dipandang lebih mulia dan dihormati dan bukan sebaliknya. Peranan umat Islam untuk menangani Islamofobia ini adalah amat penting dan harus menjadi usaha bersama agar keutuhan umat Islam sebagai satu jemaah menjadi satu simbol kekuatan dan kebenaran Islam.