PENDAHULUAN

Islam adalah agama yang sempurna dan menyeluruh. Umat Islam harus dan wajib menunjukkan kecemerlangan dan keunggulan dalam bidang ilmu, amal, rohani dan jasmani supaya Islam terus mekar di era globalisasi ini. Umat Islam perlu memperbaiki diri dan memahami Islam dengan lebih mendalam dan menyeluruh supaya tidak menimbulkan salah faham orang non-Muslim terhadap agama Islam. Salah faham terhadap Islam adalah suatu isu yang serius dan penting untuk dibincangkan dan ditangani isu yang berlaku. Salah faham ini boleh menimbulkan pelbagai masalah dan cabaran, seperti kekeliruan, keraguan, konflik, diskriminasi, dan permusuhan. 



Antara puncanya ialah ajaran Islam yang tidak tepat dan tersasar daripada ajaran Islam yang benar (menurut Al-Quran & Sunah). Akibat daripada salah faham ini wujudnya propaganda media Barat yang menggambarkan Islam sebagai satu bentuk keganasan, ketaksuban dan kemunduran. Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam kalangan masyarakat bukan Islam, malah sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam sendiri. Salah faham terhadap Islam juga boleh berpunca daripada pelbagai faktor, antaranya ialah ketiadaan atau kekurangan ilmu tentang Islam, pengaruh pemikiran dan budaya Barat, propaganda dan fitnah musuh-musuh Islam, penyelewengan dan penafsiran salah terhadap ajaran Islam, dan amalan-amalan yang tidak sesuai dengan syariat Islam. 


Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memahami dan menjelaskan ajaran Islam yang sebenar, serta menangani dan menyelesaikan segala kesalahfahaman yang timbul dengan kadar segera agar masyarakat tidak terus terpengaruh pemikiran negatif terhadap Islam dan juga turut menjauhkan daripada kepercayaan serta kefahaman yang tidak benar. Topik ini akan membincangkan  dengan lebih lanjut contoh salah faham terhadap Islam dan jawapannya berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.