PENUTUP
PENUTUP
Kesimpulannya, sesetengah faktor mengapa berlakunya salah faham terhadap agama Islam adalah berpuncanya daripada umat Islam sendiri. Jadi sebagai umat Islam yang beriman, kita haruslah memastikan Islam tidak lagi disalah anggap oleh mana-mana kaum. Baik dari segi ilmiah mahupun dari segi amaliah. Malah kita sendiri mesti menjadi bukti akan kesempurnaan dan kebenaran Islam dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, menjadi anak yang baik untuk kedua ibu-bapa kita, menjaga tingkah laku, menjadi umat Nabi Muhamad SAW yang soleh dan solehah dan menjadi hamba Allah SWT yang taat dengan melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Kurangnya penerimaan mereka terhadap Islam boleh dikaitkan dengan kurangnya kefahaman mereka mengenai ajaran yang terkandung dalam Islam. Hal ini menjadikan cabaran bagi kita pada akhir zaman untuk mencari jalan dan cara menyatupadukan perkara-perkara baru dan terkini dengan memasukkan prinsip dan nilai Islam pada setiap perkara yang kita lakukan.
Melalui kerjasama oleh setiap kalangan masyarakat akan dapat memastikan usaha mengatasi Islamofobia dapat dicapai. Segala gerakan, usaha dan program yang dijalankan merupakan salah satu cabang jihad demi menegakkan Islam di muka bumi ini. Bagi memastikan setiap usaha dakwah ini tercapai, istiqamah, iltizam dan itqan perlulah dijadikan teras utama. Sudah sampai masanya semua umat Islam menzahirkan dan mempertontonkan keindahan Islam yang bersifat Rahmatan lil’alamin itu dalam kehidupan.
Akhir sekali, Islam satu sistem hidup yang bersifat Rabbani dan menganjurkan kepada manusia agar sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakan yang diambil. Semoga Malaysia sentiasa aman dan damai walaupun mempunyai pelbagai budaya dan agama.


