ISLAM DIANGGAP AGAMA KEGANASAN
Islam Dianggap Agama Keganasan
Salah faham terhadap Islam timbul apabila masyarakat tidak faham asas dan dasar agama Islam. Mereka menghukum agama Islam melalui tindak-tanduk penganutnya dan salah faham yang dicetuskan oleh musuh agama Islam sendiri yang sengaja menabur pelbagai fitnah untuk kepentingan mereka. Agama Islam tidak mengajar penganutnya untuk menjadi seorang pengganas. Kebanyakan aktiviti keganasan yang berlaku hanyalah kerana disebabkan ideologi melampau atau menyalah tafsir ayat Al-Quran atau ajaran Islam yang sebenar.
Tragedi hitam umat Islam yang menyebabkan puluhan orang Islam menjadi mangsa korban pengganas yang berlaku di dua buah masjid di Chirstchurch, New Zealand sewaktu solat Jumaat membuktikan keganasan itu tidak wujud dalam kalangan masyarakat Islam. Negara Barat sudah lama menggunakan propaganda pengganas dikaitkan dengan masyarakat Islam namun peristiwa itu telah membuka mata masyarakat dunia bahawa Islam agama mengamalkan sifat merendah diri. Masyarakat Islam perlu main peranan menentang Islamofobia dengan menunjukkan bahawa keganasan tidak boleh dibalas dengan keganasan malah menunjukkan kebaikan yang mampu menunjukkan sifat kebaikan masyarakat Islam.
Islam bererti damai, selamat, sejahtera, penyerahan diri, taat dan patuh. Islam agama yang membawa perdamaian, keselamatan dan kesejahteraan kepada kehidupan manusia khususnya, dan semua makhluk umumnya. Islam agama yang Allah SWT turunkan kepada manusia pertama iaitu Nabi Adam AS, kemudian diturunkan secara berkesinambungan kepada nabi dan rasul berikutnya. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam."
"Dan Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam."
Allah SWT memilih Islam sebagai agama yang diredai di sisi-Nya, menamakan agama ini sebagai Islam yang diwahyukan kepada Baginda SAW melalui perantaraan Jibril As. Dialah juga yang menamakan penganut Islam sebagai Muslim seperti firman-Nya bermaksud: "Dia telah memilih kamu dan tidak menjadikan kamu menanggung susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu orang Islam sejak dahulu, dan di dalam al-Quran ini, supaya Rasulullah menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang benar dan salah)." (Surah al-Hajj: 78)

